Tuesday, March 30, 2010

Potret?

Lukisan potret adalah antara hasil seni tangan yang diasah berdasarkan bakat seseorang. Namun kini adakah perlu kepada bakat melukis? Atau sekadar kreativiti memanipulasi digital...?



Gambar asal

Friday, March 26, 2010

Petang di tepi sawah 2

Ketika hari hampir senja, matahari mula turun rendah menuju ke ufuk barat...

Adik Danish Iman

Adik Amar Safwan

Dua saudara sepupu


Petang di tepi sawah

Suasana kampung di tepi sawah, mencari-cari objek menarik... bunga adalah antara objek yang sinonim dengan perhiasan halaman rumah.

Cahaya matahari petang menyinari bahagian belakang menerbitkan kesan lutcahaya pada kelopak bunga.



Bunga yang sama diambil dari sudut yang sedikit berbeza, menimbulkan kesan yang berbeza...

Pokok kaktus menjadi perhiasan halaman, hijau... cantik... tapi berduri...

Bunga.... entah ye? Bunga loceng kot... kurang periksa la pulak... hampeh nama bunga pun tak tahu... hahaha...


Tuesday, March 16, 2010

Pagi di tepi sawah

Lokasi: Kampung Bagan Pinang, Parit 12, Sekinchan

Suasana pagi di tepi sawah memang mendamaikan. Ketika ini penanaman padi baru bermula, anak-anak padi mula tumbuh menutupi hamparan selut dan lumpur.

Kehujauan anak-anak padi mula menutupi hamparan sawah.
Anak muda merenung masa hadapan...

Teratai berkembang menyambut hari baru..

Antara keindahan yang sering kita abaikan

Adik Iman bermain di laluan merentasi hamparan bendang...

Reflection: antara realiti dan fantasi, ke manakah dituju senyuman kita?
Antara anugerah realiti dan bayangan...

Kejauhan biasanya mendamaikan, kian kita hampiri, kian hilang tanggapan keindahan yang kita rasakan...

Reflection: realiti dan fantasi bercantum hanya di ufuk. Namun penghujung ufuk tidak ditemui...

Reflection: Ketenangan yang dirasakan seketika mungkin mengubat duka setahun...

Anak-anak: Si pakcik berusaha memancing ikan di parit. Adik Iman (berbaju kelabu) dan Amar (berbaju coklat) sibuk pula membaling batu ke dalam parit...

Si cilik di belakang, masih sibuk dengan batu-batu kecil mahu di baling ke dalam parit. Kakak, Syafik dan Pakcik pula termenung menanti ikan yang tak mahu meragut umpan...

"Tak de ikan ke pakcik?"