Lokasi: Kampung Bagan Pinang, Parit 12, Sekinchan
Suasana pagi di tepi sawah memang mendamaikan. Ketika ini penanaman padi baru bermula, anak-anak padi mula tumbuh menutupi hamparan selut dan lumpur.
Kehujauan anak-anak padi mula menutupi hamparan sawah.
Anak muda merenung masa hadapan...
Teratai berkembang menyambut hari baru..
Antara keindahan yang sering kita abaikan
Adik Iman bermain di laluan merentasi hamparan bendang...
Reflection: antara realiti dan fantasi, ke manakah dituju senyuman kita?
Antara anugerah realiti dan bayangan...
Kejauhan biasanya mendamaikan, kian kita hampiri, kian hilang tanggapan keindahan yang kita rasakan...
Reflection: realiti dan fantasi bercantum hanya di ufuk. Namun penghujung ufuk tidak ditemui...
Reflection: Ketenangan yang dirasakan seketika mungkin mengubat duka setahun...
Anak-anak: Si pakcik berusaha memancing ikan di parit. Adik Iman (berbaju kelabu) dan Amar (berbaju coklat) sibuk pula membaling batu ke dalam parit...
Si cilik di belakang, masih sibuk dengan batu-batu kecil mahu di baling ke dalam parit. Kakak, Syafik dan Pakcik pula termenung menanti ikan yang tak mahu meragut umpan...
"Tak de ikan ke pakcik?"
No comments:
Post a Comment