Thursday, October 28, 2010

Flora dan fauna

Flora (tumbuhan) dan fauna (haiwan) adalah saling memerlukan umpama irama dan lagu... Lebah dan bunga memang saling bergantung demi kelangsungan spesies masing-masing.

Tapi, nak menangkap gambar lebah ni, perlu kepada kesabaran dan 'try and error'. Lebih banyak yang kabur dari yang menjadi... hehehe...

Friday, October 22, 2010

Close-up Photography: fauna

Be back at kampung, looking for something to shoot. Trying to polish my skill on close-up photography... the result are.... ok, (for me.. hehehe)

Shooting a dragonfly was such a challange, need to be stand still at one spot and expect the dragonfly to land on the expected spot. Hard to get the detail without 'macro lense'.... but have to be satisfied with what I have for now...



The ants were too active and tiny, hard to make them stand still....

Friday, October 15, 2010

Senja Di tepi Sawah

Apabila matahari mula berlabuh ke tempat peraduannya, kombinasi antara cahaya dan kegelapan menghasilkan lakaran warna keemasan yang berbeza tiap hari.

Cuba menggunakan beberapa dedahan berbeza....pada waktu yang berbeza.... inilah hasilnya...


menggunakan Exp 1/4000 sec

Exposure 1/160 sec

Exposure 1/80 sec

Exposure 1/30 sec

Subuh di tepi sawah

Waktu awal pagi antara masa yang menjadi pilihan ramai photographer untuk mengambil gambar matahari terbit. Bergantung kepada cuaca dan lokasi serta kreativiti...

Gambar ini diambil di belakang rumah tok di Sungai Besar, Kuala Selangor. Sebaik selesai solat subuh, terus capai kamera dan pacak tripod di tepi sawah. Ketika ini, padi baru di tanam.



Maklumlah, baru belajar... try & error, jadi ini saja yang rasanya cantik, yang lain mungkin untuk simpanan sendiri jer...

Thursday, September 30, 2010

Flora 1

Antara fokus fotografi adalah keindahan flora ciptaan Allah. Tentunya yang berwarna warni adalah bunga-bungaannya...

Bunga yang tumbuh di taman....






Atau jambangan yang menghiasi meja makan....?


Andai kita di tempatnya.... manakah satu menjadi pilihan???

Tuesday, May 18, 2010

Melaka Bandaraya Bersejarah

Dalam perjalanan dari Simpang Renggam ke Klang, kami singgah di Melaka Bandaraya Bersejarah. Perjalanan ini dengan harapan sebagai menambah pengalaman kepada anak-anak...

Bermula dengan lawatan ke Muzium Seni Bina. Di sini dipamerkan rekabentuk bangunan Malayu dan beberapa binaan bersejarah di Malaysia.

Menaiki tangga menuju ke Bukit St Paul di mana terletaknya sisa-sisa bangunan warisan penjajah Portugis dan Belanda

Bangunan lama (rasanya mungkin gereja / pusat pentadbiran waktu itu). Kedudukannya di puncak bukit menghadap muara sungai memang strategik.

Tinggalan batu bersurat...

Di dalam kawasan tinggalan bangunan. Pengunjung agak ramai walaupun ketika ini matahari hampir tegak di atas kepala.

Adik dan kakak berehat....

Tinggalan bangunan dilihat dari bawah bukit.

Tinggalan pintu gerbang utama yang kini menjadi simbol 'kota Melaka'. Ikon ini boleh didapati dalam bentuk cenderamata...

Berehat sebentar...

Pemandangan dari bawah bukit

Berehat di sisi kolam ikan di Kompleks Dataran Pahlawan. Ramai kanak-kanak teruja dengan ikan-ikan yang jinak...

Melepaskan lelah sementara...

Melawat pameran kapal.... @ Muzium Samudera

Agak besar juga kapal nih...

Di dalam kapal...

Pameran wang syiling yang pernah digunakan dari zaman kesultanan Melaka...

Antara replika kapal yang dipamerkan.

Para banduan ditempatkan di dek paling bawah di buritan kapal...

Gambaran pasar di Melaka suatu ketika dahulu...

Pameran peta di Bilik Peta...

Di atas kapal (upper deck)...

Hmm.... penat dah..

Lawatan ke Muzium Samudera di sebelah pameran kapal...

Di dalam muzium...

Antara yang dipamerkan: kapal karam...

Sebahagian pameran yang menarik

Melawat kincir air kesultanan Melaka di tepi sungai.

Anak-anak sibuk memerhati aktiviti di sungai...

Terdapat juga kota pertahanan kecil lengkap dengan meriam...

Adik melepaskan lelah di tepi sungai, agak teruja dengan air sungai walaupun tidak berapa bersih. "ayah, nak mandi..." pulak dah!

Sesekali lawatan sebegini mengingatkan kita akan sejarah dan susur galur masyarakat kita, selain menambah pengalaman terutamanya untuk anak-anak yang baru belajar mengenal dunia.