June 2010, kami sekeluarga pakat-pakat mengunjungi pantai timur, ke Bandaraya Kuala Terengganu (KT). KT terkenal dengan perusahaan batik sutera dan juga keropok lekor. Dan pastinya menjadi antara destinasi utama kaum hawa.
Perjalanan dari Muadzam Shah ke Kuala Terengganu memakan masa lebih kurang 5 jam. Hari pertama kami hanya berjalan sekitar pantai melepaskan lelah perjalanan...
Yang ketara di pantai timur tentunya pantai pasirnya yang memutih... Anak-anak teruja dengan suasana pantai... pasir, angin dan ombak......
Bagi anak-anak, tentunya kolam renang menjadi tumpuan utama setelah tiba di Chalet penginapan. Di situ mereka bermain dan berkenalan dengan rakan-rakan baru dari pelbagai pelusuk negeri...
Kaum hawa pula lebih meminati Pasar Payang, bagaikan syurga tekstil dan batik sutera... macam-macam ada...!! Hari kedua, kami habiskan 5 jam kat dalam pasar nih.... huhu...
Pemandangan biasa Pasar Payang, padat dengan kain batik sutera...
Antara yang unik di KT, bas bandaran yang seperti rumah tradisional bergerak. Tak jumpa lagi di tempat lain.... tak tahulah kalau Melaka pun ada bas macam nih...
Hari telah agak lewat petang sewaktu kami tiba di Taman Tamadun Islam, setelah sesat semasa mencari jalan ke TTI. Kerajaan Negeri patut menambah papan tanda ke TTI sebagai tarikan pelancung, terutama yang memandu sendiri...
Penat berjalan di TTI, masih sempat bermain buih sabun sebelum masuk tidur...
Kawasan taman berhampiran chalet di Pantai Batu Buruk. Waktu ini jam 11.00 malam... masih terang benderang...
Selesai 'shoot' di taman, shoot pulak kawasan pantai. Keadaan sememangnya gelap, namun terdapat aktiviti dan cahaya dari kawasan gerai makan berhampiran. Seronok shoot waktu malam ni.... sendirian di tepi pantai... di tengah malam...
Pemandangan waktu malam di sebelah 'kanan'. Cahaya yang kelihatan adalah dari kawasan chalet dan rumah yang dijadikan 'homestay' untuk para pelancung...
Hari ke3, sebaik selepas subuh terus bergegas ke pantai untuk ambil gambar matahari naik. Subuh semalam tak dapat sebab cuaca mendung. Cuaca pagi ini agak baik, jadi harap-harap boleh la ambil gambar 'sunrise'....
Apabila keadaan sudah agak terang, anak-anak pula menyusul ke pantai. Teruja dengan suasana pagi di tepi pantai...
Pemandangan dari beranda bilik, laut membiru si sinari terik mentari pagi....
Bergambar kenangan sebelum bertolak balik.
'Masjid Terapung' - singgah semasa dalam perjalanan balik ke Muadzam Shah...