Friday, February 11, 2011

Danga Bay @ night

Outstation down-south to JB. After a good dinner (nasi ayam penyet), me and my colleagues went to Danga Bay, to have a look. Many says that there are beautiful scenaries especially at night.

Here are some of the shots.

Kapal yang dihiasi lampu-lampu gemerlapan. Tak tahu sama ada kapal ini boleh belayar atau tidak.

Making a 'bokeh'. (But no subject)

Requested one of my colleague to become a subject in this portraiture...

Deretan kapal layar menghiasi dermaga. Agak sukar mendapat gambar yang 'sharp' memandangkan tiada tripod.

Another shot of the 'kapal layar'

From another angle....

The end.

Friday, January 7, 2011

Night Photography 2

Night photography adalah suatu yang unik, namun memberi kepuasan yang berbeza.

Peralatan: Canon DSLR 1000D + tripod

EOS1000D: focal length 18mm; F-stop f/16; Exposure 6 sec.; ISO200

EOS1000D: focal length 55mm; F-stop f/16; Exposure 8 sec.; ISO200

EOS1000D: focal length 18mm; F-stop f/16; Exposure 30 sec.; ISO200

EOS1000D: focal length 23mm; F-stop f/16; Exposure 10 sec.; ISO200

Reflection

Takungan air biasanya akan mempunyai balikan cahaya (reflection) terutama ketika awal pagi dimana kurang pergerakan udara dan kocakan air.

Reflection memberikan mood yang berbeza berbanding paparan imej normal.




Thursday, January 6, 2011

DOF: Playing with details

DOF atau Depth of Field amat berguna apabila ingin menarik perhatian orang yang melihat kepada objek yang ingin diperlihatkan. Dengan bukaan aperture yang maksimum (smallest aperture number), fokus hanya terbentuk pada sebahagian kecil 'kedalaman' imej manakala objek di luar julat kelihatan kabur, dan ini membentuk 'bokeh'

Fokus diberikan kepada apa yang ingin diperlihatkan

Perincian terhadap objek...

Gerrrrrr.....

Untuk model bangunan, macam cerita Ultraman tu...

Penataan Cahaya

Kunjungan kedua kami ke I-City Klang, kali ini dengan arrangement yang berbeza dari sebelumnya. Tiada lagi rumah 'salji' dugantikan dengan 'zoo'.

Namun permainan berdasarkan cahaya masih menjadi tema utama yang menarik orang ramai terutama golongan sasaran iaitu kanak-kanak:

'Bebola cahaya' atau entah apa namanya... menarik perhatian

'Buah' bercahaya... macam strawberry tapi warna kuning...

Antara permainan yang menjadi sasaran kanak-kanak termasuk Iman...

Tech-copter dalam cerita Doreamon?

Head gear yang tidak kurang menarik....

Saturday, October 30, 2010

Catatan Perjalanan: Kuala Trengganu

June 2010, kami sekeluarga pakat-pakat mengunjungi pantai timur, ke Bandaraya Kuala Terengganu (KT). KT terkenal dengan perusahaan batik sutera dan juga keropok lekor. Dan pastinya menjadi antara destinasi utama kaum hawa.

Perjalanan dari Muadzam Shah ke Kuala Terengganu memakan masa lebih kurang 5 jam. Hari pertama kami hanya berjalan sekitar pantai melepaskan lelah perjalanan...

Yang ketara di pantai timur tentunya pantai pasirnya yang memutih... Anak-anak teruja dengan suasana pantai... pasir, angin dan ombak......

Bagi anak-anak, tentunya kolam renang menjadi tumpuan utama setelah tiba di Chalet penginapan. Di situ mereka bermain dan berkenalan dengan rakan-rakan baru dari pelbagai pelusuk negeri...

Kaum hawa pula lebih meminati Pasar Payang, bagaikan syurga tekstil dan batik sutera... macam-macam ada...!! Hari kedua, kami habiskan 5 jam kat dalam pasar nih.... huhu...

Pemandangan biasa Pasar Payang, padat dengan kain batik sutera...

Antara yang unik di KT, bas bandaran yang seperti rumah tradisional bergerak. Tak jumpa lagi di tempat lain.... tak tahulah kalau Melaka pun ada bas macam nih...

Hari telah agak lewat petang sewaktu kami tiba di Taman Tamadun Islam, setelah sesat semasa mencari jalan ke TTI. Kerajaan Negeri patut menambah papan tanda ke TTI sebagai tarikan pelancung, terutama yang memandu sendiri...

Penat berjalan di TTI, masih sempat bermain buih sabun sebelum masuk tidur...

Kawasan taman berhampiran chalet di Pantai Batu Buruk. Waktu ini jam 11.00 malam... masih terang benderang...

Selesai 'shoot' di taman, shoot pulak kawasan pantai. Keadaan sememangnya gelap, namun terdapat aktiviti dan cahaya dari kawasan gerai makan berhampiran. Seronok shoot waktu malam ni.... sendirian di tepi pantai... di tengah malam...

Pemandangan waktu malam di sebelah 'kanan'. Cahaya yang kelihatan adalah dari kawasan chalet dan rumah yang dijadikan 'homestay' untuk para pelancung...

Hari ke3, sebaik selepas subuh terus bergegas ke pantai untuk ambil gambar matahari naik. Subuh semalam tak dapat sebab cuaca mendung. Cuaca pagi ini agak baik, jadi harap-harap boleh la ambil gambar 'sunrise'....

Apabila keadaan sudah agak terang, anak-anak pula menyusul ke pantai. Teruja dengan suasana pagi di tepi pantai...

Pemandangan dari beranda bilik, laut membiru si sinari terik mentari pagi....

Bergambar kenangan sebelum bertolak balik.

'Masjid Terapung' - singgah semasa dalam perjalanan balik ke Muadzam Shah...

Sesekali bawa keluarga melancung, mengenali negeri dan budaya masyarakat Malaysia. Yang penting, pengalaman yang dikutip tersimpan dalam memori dan menjadi kenangan dan pemgalaman yang berharga buat diri dan keluarga.

Thursday, October 28, 2010

Precious memorable moments....

Some moments are too precious which cannot be rewinded. The moments that will be left behind over time if not properly captured. Photography is one of the way to freeze the moments and enable us to 'see' and remember the events.

A picture that tells a thousand stories... Sebuah gambar dengan seribu makna....

Lawatan 'wajib' di Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam

'Musim luruh... masing-masing kesejukan tapi adik sibuk nak mandi dalam kolam air pancut'

Lawatan.... lebih seronok jika dapat bermain...