Tuesday, May 18, 2010

Melaka Bandaraya Bersejarah

Dalam perjalanan dari Simpang Renggam ke Klang, kami singgah di Melaka Bandaraya Bersejarah. Perjalanan ini dengan harapan sebagai menambah pengalaman kepada anak-anak...

Bermula dengan lawatan ke Muzium Seni Bina. Di sini dipamerkan rekabentuk bangunan Malayu dan beberapa binaan bersejarah di Malaysia.

Menaiki tangga menuju ke Bukit St Paul di mana terletaknya sisa-sisa bangunan warisan penjajah Portugis dan Belanda

Bangunan lama (rasanya mungkin gereja / pusat pentadbiran waktu itu). Kedudukannya di puncak bukit menghadap muara sungai memang strategik.

Tinggalan batu bersurat...

Di dalam kawasan tinggalan bangunan. Pengunjung agak ramai walaupun ketika ini matahari hampir tegak di atas kepala.

Adik dan kakak berehat....

Tinggalan bangunan dilihat dari bawah bukit.

Tinggalan pintu gerbang utama yang kini menjadi simbol 'kota Melaka'. Ikon ini boleh didapati dalam bentuk cenderamata...

Berehat sebentar...

Pemandangan dari bawah bukit

Berehat di sisi kolam ikan di Kompleks Dataran Pahlawan. Ramai kanak-kanak teruja dengan ikan-ikan yang jinak...

Melepaskan lelah sementara...

Melawat pameran kapal.... @ Muzium Samudera

Agak besar juga kapal nih...

Di dalam kapal...

Pameran wang syiling yang pernah digunakan dari zaman kesultanan Melaka...

Antara replika kapal yang dipamerkan.

Para banduan ditempatkan di dek paling bawah di buritan kapal...

Gambaran pasar di Melaka suatu ketika dahulu...

Pameran peta di Bilik Peta...

Di atas kapal (upper deck)...

Hmm.... penat dah..

Lawatan ke Muzium Samudera di sebelah pameran kapal...

Di dalam muzium...

Antara yang dipamerkan: kapal karam...

Sebahagian pameran yang menarik

Melawat kincir air kesultanan Melaka di tepi sungai.

Anak-anak sibuk memerhati aktiviti di sungai...

Terdapat juga kota pertahanan kecil lengkap dengan meriam...

Adik melepaskan lelah di tepi sungai, agak teruja dengan air sungai walaupun tidak berapa bersih. "ayah, nak mandi..." pulak dah!

Sesekali lawatan sebegini mengingatkan kita akan sejarah dan susur galur masyarakat kita, selain menambah pengalaman terutamanya untuk anak-anak yang baru belajar mengenal dunia.

No comments: